Jue Aziz Dah Ada Anak Lelaki


Rasanya agak lama juga berita mengenai perkembangan terbaru pelakon berbakat, Jue Aziz tidak keluar di mana-mana akhbar tempatan kan? Ke mana agaknya pelakon tersebut menghilang ya?

Bagi peminat yang ingin tahu, baru-baru ini pelakon tersebut dilihat begitu aktif berkongsi beberapa foto comelnya bersama seorang bayi lelaki yang dipanggil sebagai Darwish.

Apa yang menghairankan OHBULAN! di sini, bila agaknya Jue Aziz berkahwin? Adakah Jue telah berkahwin secara senyap-senyap tanpa pengetahuan pihak media atau bayi lelaki tersebut sekadar anak angkatnya?

Melalui foto-foto yang dikongsikan, ramai juga yang ingin tahu siapakah suami pelakon tersebut?


Setelah meneliti setiap komen-komen yang ditinggalkan di laman sosial tersebut, barulah OHBULAN! dapat jawapan yang sebenar.


Rupa-rupanya bayi comel tersebut merupakan anak angkat Jue dan pelakon itu turut mengaku telah menjadi ibu susuan Darwish. - Ohbulan

Anak Anjing Kelaparan Didera Telan 12 Coli


Anak Anjing Kelaparan Didera Telan 12 Coli
Anak Anjing Kelaparan Didera Telan 12 Coli - LONDON : Sepasukan doktor haiwan terpaksa membedah seekor anak anjing di Grimsby, England bagi menyelamatkan nyawanya selepas pemeriksaan sinar-X mendapati ia telah memakan 12 helai coli, lapor sebuah akhbar semalam.
Anak anjing jenis Rotweiler yang bernama Molly itu dirampas daripada pemiliknya setelah mereka menghantarnya ke sebuah klinik haiwan dalam keadaan kurus kering akibat didera dan tidak pernah diberi makanan selama tiga bulan.
Salah seorang doktor haiwan, Michael Jefferson berkata, dia mengeluarkan sedozen pakaian dalam wanita termasuk coli dan seluar dalam seberat lima kilogram dari dalam perut anjing tersebut yang kebuluran dan hanya tinggal rangka.
Pemilik Molly, Rebecca Danville, 26, dan pasangannya Stuart Lane, 28, didenda £100 (RM482) oleh sebuah mahkamah kelmarin kerana cuai menjaga peliharaan serta dilarang membela haiwan selama lima tahun. – Agensi

Ibu Buat Maksiat Anak Disuruh Mencuri


Ibu Buat Maksiat, Anak Disuruh Mencuri
Ibu Buat Maksiat, Anak Disuruh Mencuri - MAKKAH : Sekumpulan lima beradik dipaksa ibu mereka mencuri dari kompleks beli-belah dan pasar raya selama beberapa tahun sebelum kegiatan itu terdedah di depan bapa mereka.
Wanita itu yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain berang apabila pada satu ketika anak-anaknya enggan mengikut kehendaknya.
Dia kemudian mengheret anak-anaknya kepada suaminya dan menuduh mereka pencuri.
Mendengar tuduhan itu, lelaki terbabit berang dan memarahi anak-anaknya tetapi selepas didesak berkali-kali, mereka akhirnya membocorkan rahsia wanita terbabit.
Lelaki itu berkata, dia menyesal kerana dikelirukan isterinya dan segera membawa anak-anaknya ke pakar psikologi untuk tindakan selanjutnya.
Sementara itu, anak sulung pasangan terbabit, Nizar, berkata, ibunya terbabit dalam kegiatan tidak bermoral sejak beberapa tahun lalu.
“Dia selalu meninggalkan kami sendirian di rumah untuk berfoya-foya dengan lelaki lain di luar,” katanya.
Nizar, 16, berkata apabila dia mengugut membocorkan rahsia ibunya, wanita berkenaan mengancam mengadukan kegiatan mencuri itu kepada bapanya.
“Saya tak ada pilihan kecuali menutup mulut dan mengikut arahannya,” katanya.
Adik Nizar, Sahar, berkata apabila dia enggan mencuri, wanita terbabit memaksanya menjadi pemerhati sementara dia sendiri mengambil barang di pasar raya.
“Pada ketika tertentu, ibu membawa kami ke sebuah apartmen dan meninggalkan saya dalam bilik, manakala dia berada di bilik lain dengan lelaki tidak dikenali,” katanya. – Agensi