Kisah Saintis Memeluk Islam Selepas Menemui Kebenaran Al Quran Mengenai Bahaya Kuman Pada Babi

Seorang saintis wanita kafir membuat kajian tentang sejenis kuman yang terdapat pada badan babi. Beliau mencari formula terbaik untuk membunuh kuman tersebut. Pelbagai kaedah dan bahan yang telah digunakan namun tidak juga berjaya.

Dengan izin Allah entah macam mana, bekas yang mengandungi kuman tersebut terjatuh ke tanah. Beliau terus memeriksa kuman tersebut agar masih dalam keadaan seperti asal. Beliau terkejut kerana kuman tersebut telahpun mati.Beliau pun mengkaji bagaimana dan apakah yang menyebabkan kuman tersebut mati.

Akhirnya, ternyatalah bahawa debu-debu tanah yang mengenai kuman tersebut adalah puncanya. Sangat bersyukurlah beliau kerana berjaya menemui kaedah membunuh kuman tersebut kerana ia telah menyebabkan pelbagai penyakit merbahaya dan telah berada pada tahap yang membimbangkan pada ketika itu.

Rentetan peristiwa itu, beliau mengkaji sendiri dari pelbagai sumber mencari agama mana yang ada menyentuh tentang najis babi ini.Akhirnya beliau memeluk Islam kerana hanya dalam agama Islam ada menyatakan kedudukan babi serta cara mensucikan diri daripadanya bertepatan dengan penemuan beliau tadi. 

Sumber : blog ammar


Potongan Rambut ini Haram bagi Orang Islam

osseram




Qaza‘

Terdapat bentuk cukuran yang dilarang oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam iaitu apa yang disebut dalam bahasa Arab sebagai qaza‘ (???). Qaza‘ ialah mencukur sebahagian rambut dan meninggalkan sebahagian yang lain. Sama ada mencukur di tengah kepala dan meninggalkan yang tepi, mencukur di tepi meninggalkan rambut di tengah atau mencukur rambut depan meninggalkan rambut belakang atau sebaliknya. Hukum melakukan qaza‘ ini adalah makruh. (Al-Majmu‘, kitab ath-thaharah bab as-siwak: 1/363-364)

Larangan melakukan qaza‘ ini telah disebut dengan jelas di dalam hadis daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma katanya yang bermaksud :

"Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam menegah daripada melakukan qaza‘ (mencukur sebahagian daripada rambut kepala)."

(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain daripada ‘Abdullah bin ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud :

"Sesungguhnya Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam telah melihat seorang kanak-kanak yang dicukur sebahagian rambutnya dan  ditinggalkan sebahagian yang lain, lalu Nabi melarang mereka berbuat demikian dan  Baginda bersabda: "Kamu cukur (rambut itu) kesemuanya atau kamu tinggalkan kesemuanya (tidak mencukurnya)."
(Hadis riwayat Abu Daud)

sumber : kaskus