Zahid Tarik Balik Saman Terhadap Rafizi


KUALA LUMPUR – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu telah menarik balik saman sivil terhadap Pengarah strategik PKR Mohd Rafizi Ramli yang didakwa melakukah fitnah di blog.

Ahmad Zahid berbuat demikian selepas Rafizi menarik balik kenyataan tidak benar beliau terhadap Ahmad Zahid.

Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong mencatatkan keputusan itu.

Dalam saman itu, Ahmad Zahid mendakwa artikel berunsur fitnah dalam blog beliau telah mengaitkannya dengan tawaran tanah yang mempunyai hubungan dengan ahli perniagaan Deepak Jaikishan.

Beliau berkata artikel itu bermaksud beliau menyalahgunakan dana awam, terutamanya sumbangan anggota tentera di Tabung Lembaga Angkatan Tentera. - mStar Online

Posting Komentar