IPOH - Seorang pekebun sayur ditipu oleh seorang lelaki yang mendakwa sebagai anak saudara kepada seorang bekas ahli Parlimen dalam urusan pembelian tanah yang mengakibatkan kerugian lebih RM66,000 awal tahun lalu.
Chiew Kok Kheong, 43, dari Chemor dekat sini berkata, dia menyerahkan wang tersebut secara tunai selain mendepositkan ke dalam akaun bank isteri lelaki terbabit sebelum menyedari dia telah diperdaya.
Berikutan itu dia telah membuat laporan polis berhubung kejadian terbabit dan menyerahkan bukti slip pembayaran kepada pihak berkuasa tetapi sehingga sekarang tiada tindakan diambil.
"Saya diperdaya kononnya suspek memiliki lebih 323 hektar tanah ladang kelapa sawit dan getah di Gerik serta Sungai Siput.
"Dia memberi jaminan bahawa saya boleh mengusahakan ladang-ladang tersebut, menoreh getah dan memetik sawit, namun malangnya dia gagal membuktikan ladang-ladang itu wujud," dakwanya.
Posting Komentar